[Latest News][6]

Analisa
Artikel hiburan
Download kajian
Info Suriah
Mutiara hikmah
Pemikiran
Sekilas
Video

Awali Hari Dengan...

Awali Hari Dengan...

Rahasia Perang Suriah. BAG II

Rahasia Perang Suriah 2
.
penduduk Hama yang terletak hanya enam kilometer dari Bukit Golan.”
.
“Maka mana buktinya bahawa rezim yang kejam ini menunjukkan permusuhan ke Israel?” tanya beliau.
.
Beliau seterusnya menegaskan bahawa terdapat perjanjian rahasia antara Syria dan Israel.
.
Basyar merupakan al-Assad (singa) kepada rakyat mereka tetapi Takut pada Israel.
.
Kekejaman rezim Basyar sangat kejam sehingga jika ada tentara yang tidak mau menembak sunni mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria membelot meninggalkan rezim.
.
Beliau seterusnya menyatakan fatwa Rabitah Ulama Syria oleh Dr Ali As-Sobuni bahawa sekiranya tentera menyerang rumah penduduk, mereka hendaklah melawan walaupun dengan sebilah pisau, dan mereka dihukumi syahid sekiranya terbunuh berdalilkan hadis berikut:
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid ”(HR Abu Daud, An-Nasaie dan Tirmizi, disahihkan oleh Al-Albani dan Ahmad dengan sanad yang Sahih).
.
Sebanyak 18 negara Liga Arab telah sepakat untuk memberlakukan blokade politik dan ekonomi ke negara Syria sehingga rejim Syria menghentikan kekejaman kepada rakyatnya.
.
Begitu juga, negara-negara OKI turut memberi peringatan keras kepada Syria.
.
�Revolusi di Syria disebabkan tiga sebab utama yaitu :

1. Penindasan rakyat lebih 40 tahun.

2. Revolusi rakyat di negara-negara Arab lain 


3. Puncaknya adalah insiden 20 remaja yang mencoret dinding dengan menulis “RAKYAT INGIN MENJATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, disiksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.
.

Saat Orangtua mereka datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari penjara, Kepala polisi penjara mengatakan kepada mereka:
.
"Kalian pulang saja, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada..., jika kalian ingin anak-anak kalian kembali serahkan isteri-isteri kalian(agar kami perkosa), karena anak-anak kalian hasil perbuatan itu."
.
Dari situlah awalnya demonstrasi yang semakin hari bertambah besar dari hanya ratusan ribu hingga sampai 3 juta demonstran telah mengadakan unjuk rasa di 157 bandar udara, mereka Syria mendesak Basyar berundur.
.
Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan al-Buti dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah satu diantara lima orang ulama yang mendukung rezim sedangakn 95% ulama syiria yang menentang.
.
Beliau menyebut bahwa al-Buthi sebagai ulama yang 'berilmu' tetapi kurang faham dalam perspektif politik.
.
“Tidak heran para pemuda di sana membakar buku-buku karangan beliau. Para ulama lain kompak menulis buku sirah yang kokoh. Jadikanlah ulama-ulama kokoh (bukan ulama penjilat) sebagai rujukan,” katanya.
.
Akhirnya, beliau menyeru umat Islam membantu rakyat Syria, menyeru agar para Cendekiawan berperanan , juga para duat, asatizah untuk memberikan penjelasan dan sentiasa prihatin tentang isu di Syria, menceritakan kepada masyarakat tentang kezaliman dan apa yang terjadi di Syria.
.
Beliau turut menyarankan kepada para wanita yang solehah, untuk menceritakan kekejaman yang berlaku kepada saudara perempuan mereka di Syria dan berdoa untuk mereka.
.
“Hendaklah kalian berdoa untuk saudara-saudara di Syria dengan ikhlas, siang dan malam supaya Allah membantu mereka dan membebaskan mereka daripada kezaliman pemerintah mereka".






 Oleh :



Lembut Terhadap Sesama Ahlussunnah

About Author Mohamed Abu 'l-Gharaniq

when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries.

No comments:

Post a Comment

Start typing and press Enter to search