KETURUNAN NABI: BUKAN MODAL BUAT SYIRIK DAN BID'AH!
Benar atau tidak suatu amalan diukur berdasarkan al-Qur'an dan Sunnah sahih, bukan dakwaan berketurunan Nabi semata-mata..
Ramainya orang jahil yang tertipu dengan pelaku dan pembela tegar bid'ah yang MENGAKU berketurunan Nabi. Orang yang tertipu ini lupa Abu Jahal juga keturunan Nabi. Demikian juga Abu Lahab. Adakah kedua-dua musuh Allah ini dianggap sebagai benar hanya kerana mereka juga KETURUNAN Nabi?
Islam bukanlah agama kasta sebagaimana yang dipraktikkan dalam agama lain. Dalam ajaran Islam, semua manusia adalah sama di sisi Allah. Hanya taqwa yang membezakan di antara mereka.
Oleh itu sesiapa pun di dunia ini tetap tertakluk kepada hukum-hakam Allah. Ini termasuklah mereka yang mengaku berketurunan Nabi. Jika mereka berbuat dosa, pastilah balasan buruk yang bakal diterima oleh mereka. Demikian sebaliknya, mereka akan mendapat nikmat keamanan dan kebahagiaan daripada Allah sekiranya mereka berbuat baik di dunia.
Hakikatnya mereka juga adalah manusia biasa, yang ada nafsu dan kecenderungan untuk berbuat salah. Mereka bukanlah Rasul yang dijanjikan maksum oleh Allah, bukan juga malaikat yang suci daripada dosa.
Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
وَايْمُ اللهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعَ مُحَمَّدٌ يَدَهَا
"Demi Allah sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, pasti Muhammad akan memotong tangannya." [Hadis al-Bukhari, no. 6788 dan Muslim, no. 1688]
Perhatikan hadis di atas, jika Fatimah radhiallahu’anha yang merupakan anak terdekat kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mencuri, pastilah baginda sendiri yang akan memotong tangannya.
Lalu bagaimana pula jika ada yang mengaku sebagai berketurunan Rasul namun giat mempromosikan kepercayaan dan amalan berunsur syirik dan bid’ah ke dalam masyarakat Islam? Bukankah hukuman yang bakal diterima oleh golongan ini jauh lebih berat berbanding dengan perbuatan mencuri?
Perlu ditegaskan bahawa nasab atau keturunan bukanlah penentu benar atau salahnya seseorang, selamat atau sengsaranya dia di sisi Allah. Sebagaimana yang telah ditegaskan di atas bahawa ukuran yang tepat untuk menilai kedudukan seseorang di sisi Allah ialah nilai taqwanya kepada Allah, bukan keturunannya semata-mata.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu." [Surah al-Hujurat, ayat 13]

يَاأَيُّهَا النَّاسُ أَلَا إِنَّ رَبَّكُمْ وَاحِدٌ وَإِنَّ أَبَاكُمْ وَاحِدٌ أَلَا لَا فَضْلَ لِعَرَبِيِّ عَلَى أَعْجَمِيٍّ وَلَا لِعَجَمِيٍّ عَلَى عَرَبِيٍّ وَلَا لِأَحْمَرَ عَلَى أَسْوَدَ وَلَا أَسْوَدَ عَلَى أَحْمَرَ إِلَّا بِالتَّقْوَى
"Wahai manusia, ingatlah bahawa Rabb kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu. Ingatlah bahawa tidak ada kelebihan bagi bangsa Arab atas bangsa Ajam (bukan Arab), begitu juga bangsa Ajam atas bangsa Arab. Demikian juga tidak ada kelebihan bagi kulit merah atas kulit yang hitam dan kulit hitam atas kulit yang merah, kecuali dengan taqwa." [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 5/411 dan sanadnya dinilai sahih oleh Asy-Syaikh Syu’aib al-Arna’uth]
Sabdanya lagi:
إِنَّ أَوْلَى النَّاسِ بِي الْمُتَّقُوْنَ مَنْ كَانُوْا حَيْثُ كَانُوْا
"Sesungguhnya orang yang paling dekat dengan aku adalah orang-orang yang bertaqwa (tidak kira) siapa pun mereka dan di mana sahaja mereka (berada)." [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad, no. 22052]
Dari Rasulullah saw;
ثُمَّ فِتْنَةُ السَّرَّاءِ دَخَنُهَا مِنْ تَحْتِ قَدَمَىْ رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يَزْعُمُ أَنَّهُ مِنِّي وَلَيْسَ مِنِّي وَإِنَّمَا أَوْلِيَائِيَ الْمُتَّقُونَ
“..Kemudian, (akan muncul) FITNAH AS-SARRA', (iaitu) asapnya BERASAL DARI tapak kaki seseorang dari AHLUL BAITKU (keturunanku), DIA MENGAKU BAHAWA DIA dari (PENGIKUT)KU, padahal (DIA) BUKAN dari (PENGIKUT)KU, kerana sesungguhnya wali-waliku hanyalah orang-orang yang bertaqwa..”
(Hadits Sahih riwayat Abu Dawud ; 4242)
Perkara wajib yang perlu dilihat, kebenaran bukan diukur atas keturunan. Tetapi kebenaran itu diukur melalui Al-Quran serta As-Sunnah dan beramal dengan amalan soleh yang shahih dari sumber agama yang asal. Berapa ramai kalangan ahlul bait yang duduk dalam kalangan sufi, salafi bahkan syiah pun ramai dari kalangan ahlul bait dan tiada ukuran yang lebih baik melainkan neraca petunjuk Allah (Al-Quran) dan Rasul (As-Sunnah)
Lupakah kalian, bahawa yang menentang para Rasul Allah juga terdiri daripada kerabat terdekat para Rasul itu sendiri? Apakah kesemua para penentang itu selamat dan mendapat kemuliaan daripada Allah disebabkan oleh nasab atau keturunan mereka?
Hati-hati dalam menerima amalan yang disandarkan pada Islam. Tolaklah ia jika jelas menyelisihi al-Qur'an dan as-Sunnah sahihah, meskipun yang menyampaikannya MENGAKU keturunan Nabi.
Sama-samalah kita renungkan!
Posting By Ghuraba Media

No comments:
Post a Comment